TARIKH : 13-14 JULAI 2012
HARI : JUMAAT DAN SABTU
TEMPAT : SMK ABU BAKAR AL BAKIR, KERIAN
Tahniah diucapkan kepada guru pengiring iaitu Penolong Kanan Pentadbiran Sekolah merangkap Guru Sains, Cikgu Dalilah kerana berjaya mengharumkan nama sekolah di persada daerah dengan memenangi pertandingan Saintis Muda. Murid yang terlibat ialah adik Muzairie dan adik Amni Izdihar. Sehubungan dengan itu, kita sekaligus mewakili daerah dalam pertandingan tersebut ke peringkat negei yang telah pun dijalankan di SMK Abu Bakar Al-Bakir. Guru dan peserta telah menetap di asrama sekolah tersebut selama 2hari 1malam.
Dengan penuh harapan untuk menggondol tempat pertama, adik Muzairie dan adik Amni telah bertungkus lumus menjawab soalan yang diajukan semasa pertandingan. Di samping pertandingan tersebut, ada juga pertandingan-pertandingan lain yang diadakan bagi mencari daerah dan peserta yang bakal mewakili negeri Perak untuk ke peringkat kebangsaan yang bakal diadakan pada hujung tahun ini. Berdebar sungguh adik-adik peserta SKSB ini tatkala mahu diumumkan nama peserta yang bakal membawa pulang Piala dan plak. Rezeki pada tangan Allah.
Tahun ini, SKSB yang mewakili daerah Batang Padang tidak bertuah untuk menggondol 3 tempat teratas. Walau bagaimana pun, Tahniah diucapkan sekali lagi diucapkan kepada Cikgu Dalilah, adik Muzairie dan adik Amni serta semua yang terlibat. Semoga SKSB lebih cemerlang pada masa akan datang.
No comments:
Post a Comment