TARIKH : 19 JULAI 2012
HARI : KHAMIS
TEMPAT : PADANG SEKOLAH SK SUNGAI BEHRANG
Pada hari yang keramat ini, hari Sukan sekolah telah diadakan secara tertutup pada 19 Julai 2012 pada sebelah petang. Walaupun pada awalnya, cuaca seakan-akan tidak mengizinkan tetapi Alhamdulillah, hujan tidak turun. Seperti kebiasaan, 4 buah rumah sukan yang akan terlibat dengan hari sukan ini iaitu Satria (Hijau), Perdana (Kuning), Waja (Biru) dan Wira (Merah). Program ini berjaya dirasmikan oleh PK Kokurikulum SKSB, Tuan Haji Hassan Basri yang baru sahaja berpindah ke sini. Acara kemuncak telah diadakan pada hari tersebut seperti, 100M, 200M, 4x100M, Lari berpagar dan lain-lain lagi.
Sebelum penyampaian hadiah, sebuah persembahan tarian yang dibarisi oleh murid Tahun 4 Bestari dan 4 Cemerlang telah diadakan bertemakan lagu-lagu yang terkini. Boleh lihat di laman you tube. Akhir sekali, Juara Hari Sukan SKSB 2012 dinobatkan kepada rumah Merah yang mempertahankan kejuaraannya pada tahun lepas dan diikuti Rumah Kuning tempat kedua.
\
No comments:
Post a Comment