Salam Mesra Alam! SK Felda Sungai Behrang berjaya merangkul anugerah antarabangsa daripada WWF_Malaysia sebagai sebuah sekolah yang berteraskan alam sekitar iaitu anugerah (ECO-SCHOOL AWARD) bagi 2012 pada bulan September. Tahniah untuk semua dan semestinya Green Ranger Malaysia telah membuktikan kejayaan cemerlang sekolah pada tahun ini. Anugerah ini akan disampaikan pada bulan November secara rasmi dalam majlis 'Eco-School Confrence' nanti. Terima kasih untuk semua..... Dr Santharasekaran SK SG. Behrang

Friday, 14 September 2012

KARNIVAL SAINS DAN TEKNOLOGI PERINGKAT NEGERI

NAMA POGRAM : KARNIVAL SAINS DAN TEKNOLOGI PERINGKAT NEGERI
TARIKH : 13-14 JULAI 2012
HARI : JUMAAT DAN SABTU
TEMPAT : SMK ABU BAKAR AL BAKIR, KERIAN

Tahniah diucapkan kepada guru pengiring iaitu Penolong Kanan Pentadbiran Sekolah merangkap Guru Sains, Cikgu Dalilah kerana berjaya mengharumkan nama sekolah di persada daerah dengan memenangi pertandingan Saintis Muda. Murid yang terlibat ialah adik Muzairie dan adik Amni Izdihar. Sehubungan dengan itu, kita sekaligus mewakili daerah dalam pertandingan tersebut ke peringkat negei yang telah pun dijalankan di SMK Abu Bakar Al-Bakir. Guru dan peserta telah menetap di asrama sekolah tersebut selama 2hari 1malam.






Dengan penuh harapan untuk menggondol tempat pertama, adik Muzairie dan adik Amni telah bertungkus lumus menjawab soalan yang diajukan semasa pertandingan. Di samping pertandingan tersebut, ada juga pertandingan-pertandingan lain yang diadakan bagi mencari daerah dan peserta yang bakal mewakili negeri Perak untuk ke peringkat kebangsaan yang bakal diadakan pada hujung tahun ini. Berdebar sungguh adik-adik peserta SKSB ini tatkala mahu diumumkan nama peserta yang bakal membawa pulang Piala dan plak. Rezeki pada tangan Allah.














Tahun ini, SKSB yang mewakili daerah Batang Padang tidak bertuah untuk menggondol 3 tempat teratas. Walau bagaimana pun, Tahniah diucapkan sekali lagi diucapkan kepada Cikgu Dalilah, adik Muzairie dan adik Amni serta semua yang terlibat. Semoga SKSB lebih cemerlang pada masa akan datang.




HARI SUKAN SEKOLAH 2012

NAMA POGRAM : HARI SUKAN SEKOLAH (TERTUTUP)
TARIKH : 19 JULAI 2012
HARI : KHAMIS
TEMPAT : PADANG SEKOLAH SK SUNGAI BEHRANG

Pada hari yang keramat ini, hari Sukan sekolah telah diadakan secara tertutup pada 19 Julai 2012 pada sebelah petang. Walaupun pada awalnya, cuaca seakan-akan tidak mengizinkan tetapi Alhamdulillah, hujan tidak turun. Seperti kebiasaan, 4 buah rumah sukan yang akan terlibat dengan hari sukan ini iaitu Satria (Hijau), Perdana (Kuning), Waja (Biru) dan Wira (Merah). Program ini berjaya dirasmikan oleh PK Kokurikulum SKSB, Tuan Haji Hassan Basri yang baru sahaja berpindah ke sini. Acara kemuncak telah diadakan pada hari tersebut seperti, 100M, 200M, 4x100M, Lari berpagar dan lain-lain lagi.

























Sebelum penyampaian hadiah, sebuah persembahan tarian yang dibarisi oleh murid Tahun 4 Bestari dan 4 Cemerlang telah diadakan bertemakan lagu-lagu yang terkini. Boleh lihat di laman you tube. Akhir sekali, Juara Hari Sukan SKSB 2012 dinobatkan kepada rumah Merah yang mempertahankan kejuaraannya pada tahun lepas dan diikuti Rumah Kuning tempat kedua.
\


Tahniah diucapkan kepada semua guru Rumah Merah yang di ketuai Cikgu Idris. Tahniah juga diucapkan kepada Adik Amzar ( 6Cemerlang) dan Nisya (4Cemerlang) yang dinobatkan sebagai Olahragawan dan Olahragawati sekolah dengan mengutip 5 emas. Kedua-duanya dari Rumah Kuning. Program ini berakhir di dewan terbuka kerana hujan selepas selesai semua acara. Tahniah kepada semua guru dan murid. Terima kasih diucapkan kepada ALUMNI yang hadir dan membantu melancarkan serta memeriahkan hari sukan sekolah.










SENAMROBITHON 1 MALAYSIA & LARIAN MERENTAS DESA

NAMA POGRAM : SENAMROBITHON 1 MALAYSIA & LARIAN MERENTAS DESA
TARIKH : 10 JULAI 2012
HARI : ISNIN
TEMPAT : PADANG SEKOLAH SK SUNGAI BEHRANG

Merujuk maklumat di atas, sempena Senamrobithon 1 Malaysia, sekolah mengadakan senamrobik di padang sekolah yang telah diketuai oleh pasukan wanita felda Sungai Behrang. Semua guru dan murid-murid telagh myertai program ini yang berlangsung mulai 8.30 pagi-9.00pagi.















Kemudian, pada pukul 9.30 pagi, murid-murid tahun 2 sehingga tahun 6 terlibat dengan larian merentas desa sempana Hari Sukan 2012 yang bakal berlangsung pada kemudian hari nya. Taklimat telah diberikan oleh Cikgu Taufik serta murid-murid diberikan kain berwarna untuk dipin sebagai penanda kelas yang diadakan. Pemenang-pemenang akan dipilih 1-20 yang terawal mengikut jantina dan umur. Peserta dilepaskan oleh isteri YB Jamaluddin. Tahniah kepada semua pemenang dan yang kalah jangan muram ye..Tahun depan ada lagi..USAHA YE! =)