Salam Mesra Alam! SK Felda Sungai Behrang berjaya merangkul anugerah antarabangsa daripada WWF_Malaysia sebagai sebuah sekolah yang berteraskan alam sekitar iaitu anugerah (ECO-SCHOOL AWARD) bagi 2012 pada bulan September. Tahniah untuk semua dan semestinya Green Ranger Malaysia telah membuktikan kejayaan cemerlang sekolah pada tahun ini. Anugerah ini akan disampaikan pada bulan November secara rasmi dalam majlis 'Eco-School Confrence' nanti. Terima kasih untuk semua..... Dr Santharasekaran SK SG. Behrang

Friday, 20 July 2012

Karnival Sains Peringkat Sekolah

Program ini dijalankan untuk memberi pendedahan kepada semua pelajar tahun 4, 5 dan 6 tentang subjek Sains bukan sahaja perlu dipelajari tetapi boleh diaplikasikan ke dalam kehidupan seharian. Program ini telah dijalankan pada hari Rabu pukul 3.00 petang sehingga pukul 5.00 petang. Alhamdulillah program ini berjaya dilangsungkan. Antara aktiviti yang dilakukan: